NJOI prabayar televisyen satelit
Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej, Mustika
(Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi)
dan Filem serta Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang
Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat bagi
memenuhi keperluan menonton dan bajet pelanggan.

Ketua Pegawai Komersial Astro, Liew Swee Lin berkata, program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI dilancarkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia.Selanjutnya pi terjah sendiri kat http://www.astro.com.my/njoi/index.html
“Perkhidmatan Prabayar NJOI ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.
“Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucar prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform,” katanya.
Dilancarkan Disember ini, NJOI juga membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang memperkayakan maklumat terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan.
~mRuSeZ~
Post a Comment