Budak-budak zaman la ni
Budak-budak zaman la ni, mesti angkara tengok tv,dvd tak pun layan internet.Dah la pandai pukul kawan,cederakan kan kawan malah siap nak ugut bunuh dan bakaq lagi kut atas.
Cuma kerana tak suka....ish mintak simpang la
Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.
Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.
~mRuSeZ~
Post a Comment