DHARMA TERUS MELATIH DENGAN GAJI BARU
“Semua sudah selesai tapi saya harap ia tidak berlaku lagi.”
Demikian luahan ketua jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang mengaku sudah menemui jalan penyelesaian berhubung masalah gaji tertunggaknya selama lima bulan semalam.
Difahamkan bekas pengendali skuad remaja negara itu sebelum ini tidak puas hati dengan gaji dibayar Majlis Sukan Negara (MSN) serta Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Bagaimanapun semalam, segala-galanya sudah selesai dengan pengendali berusia 45 tahun itu ditawar gaji baru yang dianggapnya berbaloi dengan tugas selaku ketua jurulatih skuad negara.
“Saya bukan mahu dibayar jumlah mahal, tapi cuma berharap berbaloi dengan tugas selaku jurulatih.
“Tapi bila sudah tertunggak lima bulan, kemudian dimaklumkan gaji diterima kurang daripada apa yang saya harapkan, emosi saya sudah tidak dapat dikawal.
“Tapi segala-galanya selesai hari ini (semalam) dan saya berterima kasih kepada pihak MSN serta MHC kerana berjaya mencari jalan penyelesaian terhadap masalah saya ini.
“Saya juga ingin tegaskan masih menggalas tugas sebagai jurulatih kebangsaan dan langsung tidak timbul isu meletak jawatan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dhaarma menerusi laporan akhbar semalam dikatakan sudah tawar hati untuk membimbing skuad negara dan antara punca gajinya tidak dibayar mengikut waktu ditetapkan.

Post a Comment